KEK PISANG
▼
Thursday, July 9, 2015
AYAM SOS MADU
AYAM SOS MADU
sumber : SAJI JULAI 2010...
Bahan-bahan :
500 gm isi ayam (dihiris) atau 1/2 ekor ayam dipotong kecil, dicuci bersih & toskan
Sedikit garam
Minyam masak untuk menggoreng
Bahan Sos :
1 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
10 tangkai cili kering direndam seketika di dalam air panas - kisar
30 gm halia - kisar
1 batang serai - ketuk
3 sudu besar madu
3 sudu besar sos cili
Sedikit garam & gula
Sedikit lada benggala - dihrisi memanjang
Cara Memasak :
1. Gaulkan ayam dengan garam. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kering dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan serai dan tuangkan sedikit air.
4. Masukkan madu dan sos cili. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan ayam, hirisan lada benggala dan gaulkan rata.
No comments:
Post a Comment