JEJEMPUT IKAN BILIS
rujukan : buku resipi Kuih-Muih Chef Hanieliza
Bahan A :
2 cawan tepung gandum - diayak
2 cawan air panas
1/2 cawan daun kucai - dipotong pendek
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan B : (Dikisar Kasar)
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
1/2 cawan ikan bilis
1 biji telur gred A
Cara Membuat :
1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak supaya sebati.
2. Biarkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
4. Hidangkan bersama sos cili ataupun kuah kacang.
No comments:
Post a Comment