KEK PISANG
▼
Thursday, July 9, 2015
KUIH BAKAR KEMBOJA
KUIH BAKAR KEMBOJA
sumber dari : Aziz Kitchen ; thanks...
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
1 cawan jus pandan (anggaran 3-4 helai daun pandan dikisar bersama 1 cawan air = tapis)
1 cawan gula atau 3/4 cawan jika tidak suka manis
2 sudu besar mentega - cairkan
3 biji telur gred B
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Sedikit bijan untuk ditabur atas kuih (jika suka)
Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan dan blend/kisar sampai sebati dan tepung tidak berbintil.
Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas dapur. (Kalau mahu elakkan dari adunan melekat pada acuan/loyang, penuhkan acuan/loyang dengan minyak masak. Selepas itu panaskan sehingga keluar asap (betul-betul panas). Kemudian tuangkan/keluarkan minyak tersebut dari acuan/loyang). Kecilkan api sekecil-kecilnya.
Lenserkan minyak atau mentega pada acuan dan tuangkan adunan ke dalamnya. Kemudian taburkan bijan di atasnya.
Masak sebentar di atas dapur gas selama 5-10 minit dengan api yang sangat kecil bertujuan untuk mendapatkan kulit yang agak garing. Kemudian sambung membakar kuih di dalam oven pada suhu 180'C selama 30-40 minit sehingga permukaan kuih nampak keperangan.
Bila dah sejuk, bolehlah dipotong mengikut bentuk acuan. Untuk adunan di atas, menghasilkan 4 biji Kuih Bakar yang bila dipotong mendapat 32 keping.
No comments:
Post a Comment