KEK PISANG
▼
Monday, July 6, 2015
PUDING SAGU GULA MELAKA
PUDING SAGU GULA MELAKA
Oleh : zaralovebaking..
Bahan-bahan :
300 gm biji sagu warna putih
1 liter air
1/2 tsp pewarna merah
2 helai daun pandan - disimpul
300 ml santan pekat dari 1 biji kelapa
Garam secukup rasa
Bahan air gula :
60 gm gula melaka
100 gm gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Cara membuat :
1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna. Cuci sagu sekejap dan masukkan di dalam air mendidih.
2. Masak sagu hingga berubah menjadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2-3 minit.
3. Angkat, toskan serta cuci/bilas dibawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
4. Toskan dan isikan di dalam acuan pilihan yang sudah dibasahkan. Simpan di dalam peti sejuk selama 1-1 1/2 jam.
5. Satukan santan dan garam secukup rasa, ketepikan.
6. Air gula : Masak semua bahan air gula hingga mendidih dan pekat.
7. Tuangkan kuah santan dan air gula di atas sagu semasa menghidang.
Info : Untuk mendapatkan santan, perah kelapa parut dengan air masak.
No comments:
Post a Comment