KEK PISANG
▼
Thursday, July 2, 2015
SPAGHETTI CARBONARA
SPAGHETTI CARBONARA
sumber : Azie Kitchen; thanks..(sedap)
Bahan-bahan :
1/2 ketul Buttercup - anggaran 125 gm
Sedikit minyak zaitun
4 ulas bawang putih - cincang
1/2 pek daging cincang Ramly atau dada ayam
1 tin mushroom soup Campbell Classic
1 kotak kecil fresh milk (200 ml)
3 keping slice cheese kraft
Cendawan butang
Blackpepper
Fresh parsley
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak zaitu dan 1/2 buku buttercup. Masukkan bawang putih cincang (atau bawang besar holland potong dadu, jika suka) sehingga kekuningan. Masukkan daging cincang dan angkat. Tutup api.
2. Menggunakan kuali yang sama, masukkan 1 tin mushroom soup Campbell Classic dan 1 tin air (sukat air guna tin soup tadi). Kacau rata dan bila tidak berketul, baru buka api.
3. Masukkan 1 kotak kecil fresh milk dan 3 keping slice cheese kraft, masukkan blackpepper, garam dan 1 sudu gula.
4. Tuangkan daging tadi di dalam sos mushroom. Tuangkan sos atas spaghetti bila hendak dimakan. Taburkan parmesan cheese (jika suka), daun parsley dan blackpepper.
No comments:
Post a Comment