KEK PISANG
▼
Wednesday, July 1, 2015
SUP CENDAWAN
SUP CENDAWAN
rujukan : buku Koleksi RASA
Bahan-bahan :
150 gm cendawan tiram
2 sudu makan tepung jagung
4 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu makan pati ayam
2 tiub tauhu Jepun - saya guna tauhu lembut
1 batang lobak merah
100 gm bunga kobis - tak letak
30 gm bahan penumis (bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau.
2. Tuangkan sedikit air. Masukkan pati ayam.
3. Masukkan cendawan, lobak merah dan bunga kobis.
4. Perasakan dengan garam secukupnya.
5. Tuangkan bancuhan tepung jagung.
6. Akhir sekali, masukkan tauhu Jepun.
7. Biarkan sebentar dan bolehlah tutup api. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment