KEK PISANG
▼
Monday, August 24, 2015
BUTTERSCOTH BREAD PUDDING
BUTTERSCOTH BREAD PUDDING
sumber dari : DapurTanpaSempadan ; thanks...
dicuba : zaralovebaking..(sedap sangat)..
Bahan-bahan :
5 keping roti Delicia Butterscoth Gardenia - dipotong kiub
2 sudu besar coklat cip
1 cawan susu sejat atau susu segar *
1 biji telur gred 'A' *
1 sudu besar gula halus/gula kastor *
1 sudu teh esen vanilla *
1 sudu besar mentega - cairkan & sejukkan *
Sedikit mentega
Bahan Sos Kastad :
1 cawan susu segar
2 sudu besar air
1 sudu besar penuh gula halus/gula kastor
1 sudu besar penuh tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla
Bahan Sos Butterscoth :
25 gm mentega
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Cara-cara :
1. Untuk Butterscoth Bread Pudding : Satukan bahan-bahan bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Lenserkan bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega. Susunkan 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub tadi, taburkan 1 sudu besar coklat cip. Susunkan baki roti lagi, kemaskan. Kemudian tuangkan bancuhan yang dikacau tadi di atas roti. Biarkan hingga cecair tadi menyerap ke dalam roti.
2. Taburkan rata-rata baki coklat cip di atasnya. Kemudian tompok-tompokkan sedikit mentega di atas permukaannya. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'C selama 30 minit. Bila pudding telah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
3. Untuk Sos Kastad : Satukan semua bahan-bahan untuk sos kastad kecuali esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil. Masak dengan api sederhana dan sentiasa dikacau hingga sos kastad pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan tutup api. Sejukkan.
4. Untuk Sos Butterscoth : Cairkan mentega, masukkan gula perang. Masak hingga cair dan berbuih. Masukkan susu cair perlahan-lahan. Kacau lagi. Kemudian masukkan secubit garam dan esen vanilla. Gaul hingga pekat sedikit. Tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama pudding.
5. Untuk menghidang : Cedok secukupnya pudding ke dalam piring sesuai. Tuangkan sos kastad atau sos butterscoth ke atasnya dan hidangkan segera. Sedap juga dimakan dengan ais krim vanilla.
No comments:
Post a Comment