KEK PISANG
▼
Sunday, August 2, 2015
KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG SEMUT
KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG SEMUT
rujukan : Kak Nor@SecubitGaram ; thanks..(sedap)
Bahan Gula Hangus :
2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
5 sudu besar (penuh) mentega
Cara-cara : (buat ni dulu)
Masukkan gula pasir ke dalam kuali atau periuk, buka api sederhana kecil, masakkan gula pasir sampai larut bertukar warna keemasan seperti warna madu. Kemudian dengan berhati-hati masukkan air panas. Kacau hingga gula cair semula. Bila gula sudah cair semua, masukkan mentega, biarkan mentega larut, tutup api dan sejukkan.
Bahan lain :
7 biji telur gred 'A'
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis (saya letak 2/3 cawan)
3 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
Cara Penyediaan :
Pukul telur hingga kembang (atau blend atau guna mixer, saya guna hand whisk jer), masukkan susu pekat manis, blend lagi sampai sebati, masukkan esen vanilla, blend lagi sampai sebati.
Selepas itu ayakkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder dan masukkan ke dalam adunan, teruskan blend. Akhir sekali masukkan air gula hangus yang sudah sejuk tadi, blend lagi. (Perapkan adunan selama 2 jam sebelum dibakar).
Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang digris dan dialas dengan kertas minyak. Bakar selama 1-1 1/4 jam menggunakan api bawah pada suhu 180'C. Pada 5-10 minit terakhir gunakan api atas bawah hingga masak sepenuhnya. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
Nota : cara lain menyediakan kek ni : pecahkan telur dalam bekas, kacau hingga telur cair/pecah dan rata, tetapi jangan dipukul cuma kacau dengan senduk kayu/whisk tangan hingga sebati dan diikuti dengan yang lain-lain hingga sebati. Guna whisk tangan/senduk kayu kemudian perapkan selama 2 jam atau lebih di dalam loyang. Selepas diperap, bakar hingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment