KEK PISANG
▼
Monday, August 17, 2015
MUFFIN KRANBERI
MUFFIN KRANBERI
rujukan : Majalah Saji Ogos 2015 - Chef Azli Razali
dicuba : zaralovebaking; (sedap sangat & lembut)...
Bahan-bahan :
1/2 cawan kranberi kering
2 biji telur gred B
1 cawan tepung halus/tepung superfine *
2/3 cawan gula perang
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 cawan susu segar
3/4 cawan oat segera
1 sudu kecil serbuk penaik *
1/2 sudu kecil serbuk soda bicarbonate * (* digaul sebati & diayak)
Secubit garam
12 keping mangkuk muffin/cawan kertas
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200'C. Kemudian susunkan 12 biji mangkuk muffin.
2. Pukul telur, gula perang, minyak sayuran dan susu segar sehingga rata menggunakan whisk tangan.
3. Masukkan tepung, oat, kranberi kering, serbuk penaik, serbuk soda dan garam. Pukul adunan hingga sebati. (Jangan terlebih pukul).
4. Masukkan adunan muffin separuh di dalam mangkuk kertas sehingga habis.
5. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga bertukar warna coklat keemasan. Setelah masak sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment