KEK PISANG
▼
Tuesday, August 4, 2015
NASI TOMATO
NASI TOMATO
buku 'Senangnya Memasak Nasi' Chef Hanieliza...
Bahan A :
5 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit & toskan
4 biji tomato - dicincang
1/2 cawan susu cair
6 cawan air
1/2 cawan sos tomato
3 sudu makan minyak sapi/marjerin
Garam secukup rasa
Bahan B : (Tumisan)
3 ulas bawang putih *
5 biji bawang merah *
1 inci halia * (* dikisar bersama)
2 batang serai - dititik
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan - disimpul
Cara Memasak :
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi/marjerin di dalam kuali ataupun periuk kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Masukkan tomato dan garam. Gaul rata. Kemudian masukkan susu cair, air dan sos tomato. Biarkan mendidih.
4. Pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi elektrik yang sudah dimasukkan beras. Biarkan masak.
5. Apabila nasi sudah kering, kacau rata perlahan-lahan bagi mengelakkan nasi hancur/patah.
6. Hidangkan bersama ayam masak merah, dalca ataupun kerabu timun.
No comments:
Post a Comment