KEK PISANG
▼
Saturday, August 1, 2015
STEW AYAM
STEW AYAM
buku 'Senangnya Memasak Ayam' Chef Hanieliza...
Bahan A :
500 gm ayam
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 batang lobak merah - kupas kulit & dipotong kiub
1 biji tomato - dipotong 4
2 sudu besar minyak masak
Bahan B (Dibancuh) :
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa
Bahan C (Dihiris) :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah
Cara Memasak :
1. Ayam dibuang kulit, dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan hingga lembut.
4. Masukkan sayur-sayuran kecuali daun bawang dan daun sup.
5. Apabila sudah layu, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan mendidih.
6. Tutup api kemudian taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengan nasi ataupun roti.
No comments:
Post a Comment