KEK PISANG
▼
Tuesday, September 22, 2015
BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE
BUAH MELAKA@ONDE-ONDE
cookbook : Jom Kuih-Muih - Norzailina Nordin...
Bahan-bahan :
250 gm tepung pulut
1 sudu besar tepung ubi
8 helai daun pandan *
230 ml air *
Sedikit pewarna hijau * (* dikisar & ditapis)
120 gm gula melaka - dipotong kiub
200 gm kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Gaul tepung pulut, tepung ubi dan air pandan hingga menjadi doh (yang tidak melekat ditangan).
2. Ambil sedikit doh, masukkan gula melaka dan bentukkan menjadi bebola.
3. Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Ketepikan.
4. Didihkan air secukupnya di dalam periuk kemudian masukkan bebola buah melaka ke dalam air mendidih.
5. Bila bebola buah melaka timbul, angkat.
6. Golekkan dalam kelapa parut bercampur garam tadi. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment