KEK PISANG
▼
Wednesday, September 23, 2015
PUDING JAGUNG GULA MELAKA
PUDING JAGUNG GULA MELAKA
sumber : Azlita Masam Manis ; thanks...
dicuba : zaralovebaking ; (sedap & lembut)...
Bahan-bahan :
50 gm tepung Hoen Kwee (putih)
1 sudu besar tepung kastad
800 ml santan atau susu segar
1/2 tin jagung whole kennel (saya guna cream style anggaran 200 gm)
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh perisa jagung
Bahan Sirap Gula Melaka :
150 gm gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
3 sudu makan gula pasir
2/3 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara :
Mula-mula kita sediakan dahulu sirap gula Melaka. Satukan kesemua bahan sirap gula Melaka di dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga gula larut dan mendidih. Angkat, tapis dan sejukkan.
Satukan kesemua bahan puding di dalam periuk dan masak di atas dapur dengan api yang sederhana sehingga adunan pekat dan berkilat. Bila adunan meletup-letup kecil, tutup api. Sediakan acuan kecil dan bilaskan dengan air (untuk memudahkan puding keluar dari acuan). Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil tadi. Tuangkan cepat-cepat kerana adunan ini cepat mengeras. Sejukkan. Bila hendak menghidang, tuangkan sirap gula Melaka di atasnya dan sedia dinikmati.
sedapnyer..
ReplyDelete