KEK PISANG
▼
Saturday, October 3, 2015
CRACKERS BREAD PUDDING
CRACKERS BREAD PUDDING
sumber : Astini Cake/Resepi Sheila Rusly - FB
Bahan-bahan :
8 keping biskut cream crackers square
2 keping roti@kulit roti
1 1/2 cawan susu cair/susu segar
2 biji telur gred A/B
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara :
1. Rendam biskut+roti+susu segar di dalam blender.
2. Masukkan telur dan susu pekat manis.
3. Kisar/blend sehingga licin dan halus. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
4. Panaskan kukusan. Kukuskan 1 bahagian (plain) sehingga masak (anggaran 15 minit). Setelah masak tuangkan bahagian koko pula, kukus sehingga masak dan akhir sekali masukkan bahagian akhir (plain) dan kukus sehingga masak sepenuhnya.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
cntik, mesti sdp ni......
ReplyDelete