KEK PISANG
▼
Sunday, October 18, 2015
KEK MINI KEJU
KEK MINI KEJU
buku 'Panduan Membuat Kek' - Noraini Zakaria; (sangat sedap)...
Bahan-bahan :
250 gm krim keju
150 gm gula kastor
10 gm tepung jagung
2 biji telur gred B
120 gm krim putar UHT
120 gm biskut Digestive/biskut Marie atau biskut Oreo tanpa krim - dikisar halus
60 gm mentega - dicairkan
Inti ikut pilihan (saya guna inti oren & blueberi)
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160'C terlebih dahulu.
2. Tuangkan mentega cair di dalam bekas berisi biskut kisar. Gaul sebati.
3. Masukkan sedikit adunan biskut ke dalam cawan aluminium.
4. Tekan hingga padat dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
5. Sementara itu, satukan krim keju dan gula dalam bekas pengadun.
6. Putar hingga kembang berkrim.
7. Masukkan tepung jagung dan putar sebati.
8. Masukkan telur diikuti krim putar. Putar sebati selama 5 minit.
9. Sendukkan sedikit adunan krim keju ke dalam acuan berisi biskut tadi. Letakkan sedikit inti pilihan.
10. Kemudian lorek dengan lidi untuk membuat corak seperti marble di atasnya.
11. Bakar secara "steam bake" selama 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Nota : Jika menggunakan papercup, letakkan papercup didalam acuan tat yang muat dengan papercup.
"Steam bake" acuan/cawan aluminium diletakkan dalam loyang dan diisi dengan air panas kemudian
dimasukkan ke dalam ketuhar untuk proses pembakaran...
No comments:
Post a Comment