KEK PISANG
▼
Friday, October 9, 2015
KUIH BAKAR KEMBOJA
KUIH BAKAR KEMBOJA
sumber : Azlita & Amie; thanks...
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
15 helai daun pandan (dikisar dengan 1 cawan air = tapis untuk dapatkan 1 cawan jus pandan)
4 biji telur gred A
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak sapi (dioleskan 1 sudu kecil untuk didalam setiap acuan kemboja)
Bijan secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200'C. Sediakan 4 buah acuan bauhulu kemboja.
2. Kacau gula bersama telur sehingga gula larut.
3. Masukkan santan, jus pandan bersama tepung dan adun sebati.
4. Tapiskan adunan supaya tepung tidak bergentel.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 10 minit.
6. Keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan bijan secara merata di atasnya.
7. Masukkan kembali ke dalam oven dan teruskan membakar selama 50-60 minit atau sehingga kuih masak dan berkerak.
Untuk 1/2 adunan/resipi :
120 gm tepung gandum
150 gm gula pasir
1 cawan santan pekat (1 kotak santan KARA + air jadikan 1 cawan santan)
7 helai daun pandan (dikisar dengan 1/2 cawan air - perah/tapis untuk dapatkan 1/2 cawan jus pandan)
2 biji telur gred A
1 sudu besar minyak sapi/butter
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau epal & sedikit pandan emulco
Bijan secukupnya
No comments:
Post a Comment