KEK PISANG
▼
Sunday, October 4, 2015
NASI MENTEGA KISMIS
NASI MENTEGA KISMIS
sumber : DapurTanpaSempadan; thanks...
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi - dicuci & rendam 25 minit, toskan
5 cawan air
1 cawan susu sejat IDEAL
1 kiub pati ayam Maggi
2 sudu makan mentega
1/3 cawan kismis
garam secukup rasa
Bahan tumis :
1 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Bahan hiasan :
hirisan daun bawang/daun sup
bawang goreng
Cara Memasak :
1. Di dalam kuali, cairkan mentega. Masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga berbau harum.
2. Masukkan beras dan kacau sehingga mesra, masakkan 1-2 minit.
3. Masukkan kiub pati ayam, hancurkan dan gaul rata.
4. Alihkan beras ke dalam rice cooker, tuangkan susu sejat dan air. Kacau rata.
5. Tambahkan garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa.
6. Bila nasi dah kering, taburkan kismis dan biarkan nasi betul-betul masak. Gaulkan nasi dengan chopstick. Biarkan sekejap.
7. Taburkan bahan-bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran serta acar.
No comments:
Post a Comment