KEK PISANG
▼
Monday, November 23, 2015
BUTTER MELT HEAVEN CAKE
BUTTER MELT KEK HEAVEN
sumber : Astinicake/grup MAHN; thanks...
Bahan-bahan :
5 biji telur gred A
1 cawan mentega - dicairkan
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung self-raising *
1 cawan tepung gandum *
2 sudu teh baking powder * (* diayak bersama)
1 sudu besar ovallet
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pandan
Pewarna : hijau, merah & kuning
Cara-cara :
1. Putar telur, gula dan ovallet sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan mentega cair, susu pekat manis, esen vanilla dan bahan bertanda (*) yang sudah diayak. Masukkan sedikit demi sedikit, gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian warnakan kuning dan esen vanila, satu bahagian lagi perisa pandan dan warna hjau sementara satu bahagian lagi warnakan merah. Gaul sebati dan sekata.
4. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8" x 8" yang digris dengan sedikit mentega dan dilapik dengan kertas serap minyak secara selang-seli sehingga habis.
5. Panaskan oven pada suhu 170'C dan bakar selama 40-45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
6. Sebaik kek masak, keluarkan dari oven, sisip tepi-tepi loyang dan terbalikkan supaya kek tidak mendap.
7. Tutupkan dengan tuala sehingga sejuk agar kek kekal lembap...
No comments:
Post a Comment