KEK PISANG
▼
Monday, November 2, 2015
CARROT & BANANA CUPCAKES
CARROT & BANANA CUPCAKES
rujukan : K.Nor@SecubitGaram; thanks...(sedap & moist)
Bahan-bahan : (yields : 14 pcs)
150 gm tepung gandum *
1 1/2 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * ( * diayak bersama)
170 gm lobak merah - disagat
50 gm badam cincang - dibakar sekejap (optional)
2 biji telur gred A
95 gm gula perang
100 ml minyak sayur/bunga
2 biji pisang - dilecek - anggaran 1 cawan
1/2 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanilla
Papercup secukupnya
Cara-cara :
Masukkan tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan parutan lobak merah dan gaul rata. Di dalam bekas yang lain, lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yang sedikit berbuih).
Pukul telur bersama gula sehingga pekat kemudian masukkan esen vanilla. Masukkan campuran tepung dengan lobak merah tadi dan badam cincang, gaul sebati. Masukkan pula pisang lecek dan juga minyak, gaul sehingga sebati.
Aturkan papercup di dalam loyang dan sudukan adunan 85% penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung kepada kepanasan oven dan saiz papercup pada suhu 170'C.
Bahan Cream Cheese Frosting :
125 gm cream cheese, suhu bilik
60 gm mentega
65 gm gula aising - diayak
Cara-cara :
Pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan gebu. (Jika suka boleh tambah lemon emulco/esen vanilla).
No comments:
Post a Comment