KEK PISANG
▼
Sunday, November 1, 2015
KEK BUAH KUKUS
KEK BUAH KUKUS
rujukan : Hana, Cahaya Sheila...
c&p : Teratak Mutiara Kasih@LinaPg; thanks...
Bahan-bahan :
250 gm mentega (disaran menggunakan mentega berkualiti)
350 gm gula pasir
60 ml air panas
500 gm buah-buahan campuran (saya letak anggaran 300 gm saja)
3 biji telur gred A
350 gm tepung gandum*
1 sudu teh cream of tartar*
2 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
1. Masak gula pasir sehingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan mentega sehingga mentega cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati kemudian sejukkan.
2. Ayak bahan-bahan yang bertanda (*). Masukkan ke dalam adunan buah-buahan campuran tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
4. Alaskan loyang bersaiz 7 inci x 7 inci dengan kertas baking. Sapukan juga keliling loyang dengan mentega dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil. (saya guna loyang/plastik bersaiz 8"x8").
5. Kukus selama 4 jam untuk mendapatkan kelembapan yang diingini. (boleh dikukus selama 2 jam sahaja).
6. Sejukkan kek sepenuhnya kemudian boleh dipotong. (Pastikan kek benar-benar sejuk, sebaiknya semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
No comments:
Post a Comment