KEK PISANG
▼
Monday, November 9, 2015
STEW AYAM
STEW AYAM
oleh : zaralovebaking....
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
1 biji ubi kentang - dipotong dadu
1 labu bawang besar - belah 4
2 ulas bawang putih - dicincang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
3 sudu makan kicap cair
Sedikit serbuk lada sulah/lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Gaul ayam bersama sedikit garam dan serbuk lada sulah/lada hitam. Perapkan seketika.
2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih sehingga wangi dan masukkan ayam. Goreng sehingga sedikit kering.
3. Setelah itu masukkan air secukupnya di ikuti dengan bunga lawang dan kulit kayu manis.
4. Kemudian masukkan pula kicap cair. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
5. Seterusnya, masukkan bawang besar, ubi kentang dan lobak merah. Biarkan sehingga bahan-bahan tadi empuk.
6. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga kuah sedikit pekat dan stew ayam sedia untuk dihidangkan....
No comments:
Post a Comment