KEK PISANG
▼
Saturday, December 19, 2015
CUCUR KEMBONG MANIS
CUCUR KEMBONG MANIS
sumber : Aznie Cake House/FB-MAHN...
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas (pastikan betul-betul panas...yang baru masak)
1/2 cawan susu pekat manis
Secubit garam
Cara-cara :
Gaulkan kesemua bahan hingga sebati. Bila sudah kurang panas bolehlah digaul menggunakan tangan. Adunan akan menjadi seperti doh (macam buat kuih keria, melekit kat tangan).
Semasa hendak menggoreng, celupkan tangan dalam sedikit air selepas itu ambil adunan ikut saiz yang diingini, kepal-kepal sedikit bagi bulat kemudian goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dulu sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap untuk dihidangkan!!!
No comments:
Post a Comment