KEK PISANG
▼
Thursday, December 3, 2015
CUCUR KEMBONG NESTUM vs OAT JJ
CUCUR KEMBONG NESTUM vs OAT JJ
sumber : grup MAHN/FB...
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum - diayak terlebih dulu
1 sudu teh baking powder - saya tambah
2 sudu besar Nestum
1 sudu besar Oat
Secubit garam
1/2 cawan susu pekat manis
3 cawan air panas mendidih atau secukupnya
Cara-cara :
Satukan tepung, baking powder, Nestum, Oat, susu pekat manis dan secubit garam di dalam mangkuk yang besar. Tuangkan air panas ke dalam adunan tepung tadi (air harus panas mendidih kalau tak mendidih cucur tak menjadi cantik), kacau sehingga kental, biarkan sejuk suam-suam kuku baru dibulat-bulatkan..sapu sedikit minyak di tapak tangan...susun di dalam loyang dan buat sehingga habis.
Gorengkan cucur dalam minyak banyak sehingga kuning keemasan. Jangan guna api besar sewaktu menggoreng....
No comments:
Post a Comment