KEK PISANG
▼
Sunday, December 6, 2015
KEK MENTEGA KEJU @ CHEESE BUTTER CAKE
KEK MENTEGA KEJU @
CHEESE BUTTER CAKE
buku : Jamuan Kek - Chef Zubaidah Che Pa
Bahan-bahan :
170 gm mentega
125 gm krim keju
200 gm gula kastor
5 biji telur gred B (asingkan kuning & putih telur)
210 gm tepung naik sendiri@self-raising flour
1 sudu teh esen vanilla
1/8 sudu teh serbuk cream of tartar
Jem pilihan untuk hiasan (jika suka)
Cara-cara :
1. Pukul putih telur dan serbuk cream of tartar sehingga kembang. Ketepikan.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega, krim keju dan gula kastor sehingga sebati.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
4. Masukkan tepung naik sendiri dan gaul sehingga rata.
5. Akhir sekali, masukkan/kaup balik adunan putih telur dan sebatikan.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci persegi/bulat, digris dan dialas dengan kertas minyak. Lorekkan bahagian atas kek dengan jem pilihan (jika suka).
7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 1 jam hingga masak. (suhu bergantung pada ketuhar masing-masing)...
No comments:
Post a Comment