KEK PISANG
▼
Wednesday, December 2, 2015
MANGO & COCONUT SAGO
MANGO & COCONUT SAGO
sumber : group masakan MAHN/FB...
Bahan A :
2 biji mangga (potong kiub & sejukkan)
100 gm biji sago (rendam lebih kurang 15 minit, saya guna yang berwarna hijau)
Bahan B :
400 ml santan atau susu cair
270 ml air panas
90 gm gula kastor atau 1/3 cawan
Secubit garam
Cara-cara :
1. Rebus biji sago yang telah di rendam tadi sehingga kelihatan jernih.
2. Kemudian bilas di bawah air paip yang mengalir. Ketepikan.
3. Di dalam periuk, satukan kesemua bahan-bahan B dan masak di atas api kecil sambil dikacau selalu sehingga santan mendidih, tutup api dan biarkan sejuk.
4. Kemudian bolehlah dihidangkan sejuk-sejuk bersama sago dan kiub mangga tadi.
No comments:
Post a Comment