KEK PISANG
▼
Wednesday, January 27, 2016
BEBOLA KELEDEK UNGU KEJU
BEBOLA KELEDEK UNGU KEJU
sumber : Ilhamdapur ; thanks...
Bahan-Bahan :
1/2 kg keledek ungu - cuci bersih, kerat 2-3 (boleh guna keledek warna lain jika suka)
1/4 cawan tepung beras
All-purpose flour/tepung gandum secukupnya
Sedikit parutan cheddar cheese dan susu pekat manis
Cara-Cara :
1. Rebus keledek dengan sedikit garam seperti biasa sehingga lembut/empuk, sejukkan dan kupas buang kulitnya kemudian tumbuk lumat.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum secukupnya dan gaul sebati biar menjadi doh yang boleh dibentuk kemudian buat bentuk bulat @ bebola.
3. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana dan goreng bebola keledek sehingga perang sambil dibalik-balikkan selalu. Angkat dan toskan.
4. Tuangkan susu pekat manis dan taburkan dengan parutan cheddar cheese secukupnya serta chocolate rice jika suka.
No comments:
Post a Comment