KEK PISANG
▼
Monday, January 25, 2016
KUIH BAKAR KENTANG
KUIH BAKAR KENTANG
sumber : yatiememories; thanks...
Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan kentang rebus (dalam anggaran 2 biji yang sedang)
2 cawan santan (nak kisar dengan daun pandan pun boleh - anggaran 3-4 helai)
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir/gula kastor
2 sudu besar mentega/minyak sapi
4 biji telur (saya guna gred B)
Sedikit garam
Pewarna hijau dan sedikit pes pandan (jika guna)
Sedikit bijan
Minyak untuk sapu pada loyang anggaran 2 sudu besar
Loyang : 8"x8" persegi/acuan bunga pecah 8 = 4 keping)
Cara-cara :
1. Kentang direbus sehingga empuk, toskan dan di lecek.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar/blender kecuali bijan dan minyak. Kisar sebati.
3. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180'C. Sapu minyak/mentega disekeliling loyang dan masukkan ke dalam oven sebentar.
4. Keluarkan loyang dari oven dan tuangkan adunan tepung tadi dan taburkan sedikit bijan di atasnya.
5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambahkan 5 minit lagi menggunakan api atas sahaja untuk garingkan bahagian permukaan atas kuih.
6. Biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong.
No comments:
Post a Comment