KEK PISANG
▼
Monday, January 11, 2016
MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG
MASAK LEMAK KACANG PANJANG
sumber : Majalah RASA Jan. 2016...
Bahan-Bahan :
1/2 biji labu - kupas kulit & dipotong dadu
6 tangkai kacang panjang - dipotong anggaran 1 inci
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat-siat (saya tambah)
400 ml santan cair
400 ml santan pekat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras - saya tambah
1/2 sudu teh serbuk kunyit
10 tangkai cili padi (boleh tambah jika nak lebih pedas)
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Kisarkan cili padi, bawang besar, bawang putih dan buah keras hingga hancur.
2. Masukkan santan cair ke dalam periuk dan tuangkan bahan kisar ke dalam periuk tersebut bersama serai yang tititik. Gaul sekata.
3. Masukkan kepingan labu dan masak hingga kuah mendidih.
4. Apabila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang, daun kunyit dan santan pekat. Gaul sebati.
5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biarkan ia mereneh seketika.
6. Apabila labu sudah empuk, matikan api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment