KEK PISANG
▼
Friday, January 1, 2016
MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES
MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES
sumber : yatiememories ; thanks...
Bahan A :
1 cawan mentega cair/minyak
1 cawan susu cair
2 cawan gula perang
1 cawan air panas
1 sudu teh serbuk Nescafe dibancuh dengan sedikit air panas
3 sudu besar Sunquick orange
Bahan B : (Gaul rata dengan whisk)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur gred B
Bahan C : (Diayak bersama)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Lenserkan loyang 10x10x3 persegi dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas serap minyak. Ketepikan.
3. Kacau bahan A sehingga sebati.
4. Masukkan bahan B dan gaul rata.
5. Masukkan bahan C dan gaul sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45-50 minit sehingga masak sepenuhnya.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan krim/topping coklat.
Topping :
250 gm coklat masakan - cincang
1 sudu besar mentega
1 sudu teh susu cair
Cara-cara :
Panaskan coklat masakan secara double-boiler. Bila cair tutup api dan masukkan mentega dan susu cair. Kacau sebati. Salut/tuangkan pada brownie dan hiaskan ikut citarasa.
No comments:
Post a Comment