KEK PISANG
▼
Wednesday, January 20, 2016
SET NASI TOMATO (My style)...
DALCA
sumber : Fiza's Cooking; thanks...
Bahan-Bahan A :
600 gm daging ayam/tulang (saya guna daging batang pinang)
1/2 cawan kacang dhal - direbus lembut
Santan dari 1/2 biji kelapa
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan-Bahan B :
3 biji ubi kentang - dipotong kiub
5 tangkai kacang panjang - dipotong-potong ikut suka
1 batang lobak merah - dipotong kiub
4 biji cili hijau - dibelah tanpa putus
2 biji mangga muda atau belimbing buluh (saya guna belimbing buluh)
2 biji tomato - dibelah 4
1 labu bawang besar - dibelah 4
2 biji terung bulat - x letak
Bahan-Bahan C : (Bahan Menumis)
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
Cara Memasak :
1. Perapkan daging dengan rempah kari selama 1 jam.
2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi, tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau rata.
4. Masukkan air secukupnya dan masak sehingga daging lembut.
5. Apabila daging sudah lembut, masukkan santan, kacang dhal, garam dan sayur-sayuran.
6. Masak sehingga kesemua sayur-sayuran lembut, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Sedia untuk dihidangkan...
NASI TOMATO
Bahan-Bahan A :
5 cawan beras - dicuci & toskan (saya rendam sekejap anggaran 20 minit)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - dicincang
1/2 cawan sos tomato
3 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
6 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - diketuk
1 kotak kecil kismis
Bahan-Bahan B : (Tumisan)
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumiskan bahan tumis, serai dan daun pandan sehingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang, garam dan gaul rata. Tambahkan kismis, susu cair, air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan bahan tumisan ke dalam beras di dalam periuk elektrik. 'ON' kan suis dan biarkan masak.
4. Apabila nasi sudah kering, kacau/gemburkan rata dengan chopstick tetapi jangan sampai hancur.
5. Taburkan dengan bawang goreng (jika suka) semasa menghidang...
No comments:
Post a Comment