KEK PISANG
▼
Thursday, February 25, 2016
AYAM GORENG MENTEGA MADU
AYAM GORENG MENTEGA MADU
Majalah RASA Mac 2016, (sangat sedap)...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil, cuci bersih & toskan (resipi asal menggunakan 10 ketul drummet ayam)
10 gm serbuk lada sulah
10 gm sos tiram
125 gm mentega (resipi asal 250 gm)
1 biji bawang besar - dimayang
2 biji cili merah - dihiris nipis (saya guna lada benggala merah)
1 tangkai daun kari
3 sudu makan madu
Cara Memasak :
1. Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram. Biarkan seketika.
2. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan letakkan dalam pinggan bersesuaian.
3. Di dalam kuali yang bersih, panaskan mentega, goreng bawang besar, cili merah dan daun kari hingga garing.
4. Taburkan di atas ayam yang digoreng tadi.
5. Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
6. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment