KEK PISANG
▼
Wednesday, February 3, 2016
KEK CHIFFON 3 RASA @ MARBLE
KEK CHIFFON 3 RASA @ MARBLE
Bahan-Bahan A :
4 biji kuning telur gred A
70 gm gula kastor
150 gm tepung berserbuk penaik @ self-raising flour
80 ml minyak jagung
120 ml santan atau susu sejat
Secubit garam
Bahan-Bahan B :
4 biji putih telur gred A
60 gm gula kastor
1/2 tsp cream of tartar
Bahan-Bahan C :
1 tsp esen vanilla
1 tsp pandan paste
1 tsp strawberry emulco
Sedikit chocolate chip sebagai taburan (optional)
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Sediakan acuan kek chiffon bersaiz 8 inci tanpa perlu digris. Ketepikan.
2. Di dalam satu bekas, masukkan kuning telur, gula (70 gm) dan pati santan. Kacau rata dengan whisk sehingga sebati dan gula larut. Masukkan minyak, kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dan tepung habis. Ketepikan.
3. Di dalam bekas bersih yang lain, putar putih telur bersama cream of tartar sehingga berbuih kemudian masukkan gula (60 gm) sedikit demi sedikit sehingga habis. Teruskan memukul sehingga kembang dan kental.
4. Masukkan adunan putih telur@meringue ke dalam adunan kuning telur secara peringkat berperingkat (3 batches). Kaupbalik sehingga sebati. Jangan terlebih kaupbalik sekadar sebati dan tepung tidak kelihatan.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan esen vanilla, satu bahagian lagi masukkan pandan paste dan sedikit pewarna hijau (jika guna) dan satu bahagian lagi strawberry emulco dan sedikit pewarna merah (jika guna).
6. Tuangkan adunan merah ke dalam acuan kek chiffon, taburkan sedikit chocolate chip didalamnya, ratakan. Kemudian tuangkan adunan putih perisa esen vanilla, ratakan. Akhir sekali tuangkan adunan perisa pandan paste, ratakan. (Jika suka, lorekkan untuk mendapatkan corak marble).
7. Bakar selama 35-40 minit sehingga masak. Keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan. Biarkan kek sejuk dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan..
No comments:
Post a Comment