PUDING LAICI DANGDUT
sumber : Hanieliza...
Bahan-Bahan :
10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
2 liter air (8 cawan air)
2 cawan gula kastor
2 tin laici (diasingkan airnya)
1 tin susu cair (400 ml)
Sedikit pewarna merah
Cara-Cara :
1. Masakkan serbuk agar-agar, air, sedikit pewarna merah dan gula sehingga mendidih.
2. Tutupkan api. Kemudian masukkan sebahagian buah laici dan air laici dan susu cair. Kacau rata.
3. Tuangkan ke dalam acuan/gelas pilihan.
4. Apabila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Hidangkan dengan buah laici yang masih berbaki dan buah-buahan koktel (jika suka).
No comments:
Post a Comment