KEK PISANG
▼
Monday, February 8, 2016
ROTI JALA & SERAWA DURIAN
ROTI RAJA & SERAWA DURIAN
Bahan-Bahan :
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan susu segar/susu cair/air atau campuran air + susu segar
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur gred A/B
Secuit garam
Serbuk kunyit/Pewarna pilihan
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan di atas sehingga sebati dan kisarkan sehingga halus. Sedia untuk digunakan. (untuk menjala). Buat sehingga kesemua adunan habis.
Tips Penting : (dari Lina Pg) - Sebelum menjala, pastikan adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar secara jaluran panjang bukannya menitis. Jika menitis, membentuk titik seperti bedak sejuk, bermakna adunan terlalu pekat. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
SERAWA DURIAN
Bahan A :
2 sudu besar gula merah
55 gm gula pasir
1 helai daun pandan - disimpul
200 gm air
Bahan B :
7 ulas durian (ambil isinya - 240 gm)
200 gm santan pekat
1 helai daun pandan - disimpul
Secubit garam
Gula tambahan jika perlu
Bahan C :
1/2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar air
Cara-Cara :
Satukan kesemua Bahan A, masak dengan api kecil sehingga gula larut, tapiskan dan ketepikan.
Di dalam periuk, satukan santan, sirap gula merah, isi durian, daun pandan dan jerang di atas api sehingga mendidih, menggunakan api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biarkan mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit gula lagi.
Sementara itu, kacau rata Bahan C dan tuangkan ke dalam kuah santan. Masak 2-3 minit lagi sehingga kuah pekat. Tutup api.
SOS KASTAD PANDAN :
Bahan-Bahan :
1 1/2 tbsp tepung kastad
1 1/2 cawan susu cair/santan
1/2 cawan air masak
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau
Secubit garam
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan, kacau di atas api perlahan sampai likat, sejukkan. Sesuai juga untuk dicicah roti, cucur/cekodok dll.
No comments:
Post a Comment