KEK PISANG
▼
Thursday, February 18, 2016
STRAWBERRY MANGO PARFAIT
STRAWBERRY MANGO PARFAIT
(Hidangan untuk : 3 orang)
Bahan-Bahan :
1 cawan buah strawberry - dihiris
1 cawan buah mangga - dipotong kiub
6 keping biskut kelapa atau secukupnya - dihancurkan
1 cawan Greek yogurt
2 sudu besar madu
1/2 cawan cornflakes madu
Cara-Cara :
1. Buah strawberry dihiris dan buah mangga dipotong kiub.
2. Gaulkan yogurt dengan madu sehingga sebati.
3. Masukkan selapis biskut yang dihancurkan tadi di dasar gelas pilihan.
4. Masukkan selapis cornflakes. Masukkan selapis buah strawberries dan mangga.
5. Masukkan selapis yogurt. Ulangi sehingga habis.
6. Hiaskan dengan cornflakes, strawberry dan mangga di atasnya.
7. Enak juga dihidangkan bersama dengan aiskrim perisa vanilla dan coklat hazelnut...
Nota : gandakan adunan untuk mendapatkan 3 gelas seperti di atas..
No comments:
Post a Comment