KEK PISANG
▼
Saturday, February 6, 2016
TAUGEH GORENG
TAUGEH GORENG
Bahan-Bahan :
1 cawan taugeh - dibersihkan
1 ikat daun kucai - dibersihkan & dipotong anggaran 1 cm
1 keping tauhu - digoreng & dipotong dadu
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis - jika suka
1/4 cawan air atau secukupnya
Beberapa ekor ikan bilis - dicuci bersih & toskan
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
Tumiskan bawang merah, bawang putih, hirisan cili merah dan ikan bilis sehingga berbau harum. Masukkan sos tiram, taugeh dan kucai. Masukkan air dan serbuk pati ikan bilis (jika guna). Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan tauhu goreng. Sesuaikan rasanya dan tutup api. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment