KEK PISANG
▼
Wednesday, March 9, 2016
AYAM MASAK BALI
AYAM MASAK BALI
sumber : DapurKakYah...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam dipotong kecil & dibersihkan
2 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
2 batang serai * ( * dikisar)
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk ketumbar
4 sudu besar kicap manis
5 sudu besar cili kisar
2 sudu teh serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
1 batang serai - di titik
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak :
Semasa mengisar bahan bertanda (*), masukkan bersama belacan, jintan manis, jintan putih, ketumbar, cili kisar dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan kicap manis, garam dan sedikit gula. Perapkan kesemua bahan yang dikisar tadi dengan ayam selama 1/2 jam.
Panaskan minyak dan gorengkan ayam tadi (tidak la sampai garing) dengan api sederhana kecil. (Semasa hendak menggoreng, ketuk-ketukkan sedikit ayam supaya bahan salutan sedikit tertanggal sebelum dimasukkan ke dalam kuali).
Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak atau secukupnya, kemudian tumiskan lebihan perapan ayam tadi sehingga wangi. Masukkan serai titik, daun kari, daun limau purut dan asam gelugur. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan tambahkan sedikit air. Biarkan mesra seketika. (Masukkan juga bawang besar yang dihiris bulat semasa menumis bahan perapan tadi jika suka)...
No comments:
Post a Comment