KEK PISANG
▼
Monday, March 21, 2016
BANANA CUPCAKES
BANANA CUPCAKES
sumber : Ilham Dapur ; (sedap & gebus)...
Bahan-Bahan : (12 biji)
2 biji pisang saiz besar @ 150-160 gm, timbang tanpa kulit
160 gm gula halus (saya guna 1/2 gula kastor & 1/2 gula perang)
170 gm all-purpose flour
1 1/2 sudu teh baking powder
2 biji telur (saya guna gred A)
110 ml minyak masak sayur (saya guna minyak jagung)
1 sudu teh ovallette
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
Hirisan badam secukupnya
Cawan kertas secukupnya
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Susunkan cawan kertas dalam dulang pembakar. Ketepikan.
2. Satukan tepung serbaguna, baking powder dan garam di dalam mangkuk yang sesuai.
3. Di dalam mangkuk yang besar, satukan pisang dan gula, lecekkan pisang menggunakan garfu.
4. Kemudian masukkan telur, esen vanilla, minyak masak, ovallette dan tepung.
5. Putar sebati sehingga kembang dan adunan menjadi ringan dengan kelajuan tinggi selama 2-3 minit.
6. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas pada paras 3/4 sahaja dan taburkan dengan sedikit badam.
7. Bakar di dalam oven selama 18-20 minit atau sehingga keperangan...
No comments:
Post a Comment