KEK PISANG
▼
Friday, March 11, 2016
CREAMY CELERY SOUP & GARLIC BREAD
CREAMY CELERY SOUP
sumber : Ilham Dapur; (sangat sedap)...
Bahan-Bahan :
1/2 cawan celery yang dicincang (anggaran 1 batang)
1/2 labu bawang besar - dicincang
3 sudu besar unsalted butter
2 sudu besar tepung gandum - dibancuh dengan sedikit air
1 cawan susu segar (boleh juga dicampurkan dengan sedikit whipping cream jika suka)
1/2 kiub pati ayam - hancurkan
Cara-Cara :
1. Panaskan mentega tanpa garam, masukkan bawang dan celery, masak sekejap sekadar layu.
2. Masukkan susu segar, bancuhan tepung gandum, kiub pati ayam dan kacau agar tidak berketul.
3. Masak sehingga mendidih dan soup menjadi sedikit pekat. Kalau rasa kurang pekat atau sebaliknya tambahkan tepung atau susu segar sedikit lagi dan sesuaikan rasanya.
4. Boleh dihidang ketika masih panas dengan roti pilihan (roti peranchis atau garlic bread)..
BAHAN UNTUK GARLIC BREAD
oleh : zaralovebaking...
1 batang roti Peranchis - dipotong serong
2 sudu besar mentega
1 ulas bawang putih - dicincang atau sagat halus
Parsley kering secukupnya
Garam & lada hitam kasar secukupnya
Cara-Cara :
1. Di dalam mangkuk, satukan mentega, bawang putih, parsley, lada hitam kasar dan garam secukupnya. Lenyek-lenyek/gaulkan sehingga sebati.
2. Sapukan adunan mentega tadi pada roti yang telah dipotong serong.
3. Susunkan di dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 200'C selama 20-25 minit atau sehingga roti kelihatan keperangan.
4. Angkat dan hidangkan bersama Creamy Celery Soup...
No comments:
Post a Comment