KEK PISANG
▼
Monday, March 28, 2016
PUDING COKLAT KUKUS
PUDING COKLAT KUKUS
sumber : SAJI September 2015 (sedap & moist)...
Bahan Puding :
100 gm mentega
70 gm gula perang
225 gm tepung naik sendiri
2 biji telur saiz besar (saya guna gred A)
110 ml susu segar
1/2 sudu kecil kopi segera (larutkan dengan 1 sudu besar air panas)
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Cara-Cara :
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati (tidak perlu naik).
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian masukkan kesemua bahan lain kecuali tepung dan sebatikan.
3. Masukkan tepung dan kaup balik beberapa kali sehingga sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang atau ramekin dan tuangkan adunan.
5. Kukus selama 1 jam hingga 1 jam setengah sehingga puding masak (cucuk lidi keluar bersih), pastikan air sentiasa mencukupi untuk kukusan.
6. Berhati-hati ketika terbalikkan kek ke atas pinggan. Tuangkan sos coklat di atas dan hidang.
7. Boleh juga dihidangkan bersama ais krim vanilla atau coklat.
8. Untuk kelainan, esen vanilla boleh diganti dengan sedikit kikisan kulit limau.
Bahan Sos :
50 gm mentega
100 gm krim masakan
100 gm coklat couverture semi sweet (saya guna coklat susu jenama Beryl)
Cara-Cara :
Cairkan kesemua bahan secara double boil sehingga larut. Sedia untuk dihidangkan bersama puding...
No comments:
Post a Comment