KEK PISANG
▼
Tuesday, March 1, 2016
RESIPI KARIPAP RANGUP
RESIPI KARIPAP RANGUP
sumber : grup MAHN/FB... (sedap & rangup)
Bahan Inti :
3 biji ubi kentang - dipotong kiub
1 mangkuk kecil isi ayam
2 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 tangkai cili merah - dihiris
2 sudu besar serbuk rempah kari
1/2 cawan air atau secukupnya
Daun sup/bawang - dihiris
Garam secukupnya
Minyak
Cara Memasak :
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili merah sehingga berbau harum. Masukkan serbuk rempah kari bersama air dan isi ayam. Bila ayam sudah mulai empuk, masukkan garam dan kentang. Kacau sebati sehingga kentang empuk. Taburkan daun sup/daun bawang, gaul rata dan tutup api. Sejukkan sebelum digunakan..
Bahan Kulit :
250 gm tepung gandum
85 ml minyak jagung
125 ml air sejuk dari peti ais
1/2 sudu teh garam
1 biji limau kasturi - perah & ambil jusnya
Cara-Cara :
1. Di dalam bekas yang besar, masukkan tepung dan garam.
2. Di dalam periuk, panaskan minyak jagung dan biarkan betul-betul panas dan kemudian tuangkan ke dalam bekas berisi tepung, gaul rata menggunakan senduk kayu sehingga menjadi serbuk roti.
3. Kemudian tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh tidak melekat di tangan (tidak perlu dihabiskan air).
4. Masukkan perahan jus limau dan uli lagi bagi rata. Kemudian masukkan doh ke dalam plastik/bekas kedap udara dan rehatkan doh selama 15 minit sehingga ia berpeluh/berwap.
5. Keluarkan doh dan bulat-bulatkan sebesar guli atau 25 gm setiap satu biji. Buat sehingga doh habis dan masukkan semula ke dalam plastik, ikat kemas dan rehatkan semula selama 15 minit lagi.
6. Setelah 15 minit, canaikan doh. Jangan tebal dan jangan nipis sangat. Terap dengan acuan bulat, letakkan sedikit inti dan kelim bagi kemas kemudian susun di dalam dulang. Bila dah siap semuanya taburkan dengan sedikit tepung.
7. Goreng setiap satu karipap tadi sehingga kekuningan dengan api sederhana...
(Yields : lebih kurang 16 biji)
No comments:
Post a Comment