KEK PISANG
▼
Sunday, April 24, 2016
AISKRIM CHOKI-CHOKI/NUTELLA
AIS KRIM CHOKI-CHOKI/NUTELLA
sumber : FB/MAHN...
Bahan-Bahan :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air masak
2 1/2 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
Cara-Cara :
Kacau kesemua bahan di atas kemudian didihkan manja-manja menggunakan api kecil. Letakkan tepung jagung bagi ia lembut, sedikit garam selain membangkitkan lemak, ia boleh mencegah perut kembung. Kemudian tapiskan ke dalam jug (untuk memudah mengisi ke dalam plastik aiskrim) dan untuk choki-choki, anda boleh potong kepada dua. Masukkan choki-choki ke dalam plastik aiskrim dan picit-picit untuk ratakannya sebelum di tuangkan adunan aiskrim ke dalam plastik aiskrim.
Info : Untuk ais krim Nutella sama seperti di atas cuma tambahkan 1 tin air lagi menjadikan ianya 5 tin air masak dan tambah juga 1 sudu kecil esen vanilla.
No comments:
Post a Comment