KEK PISANG
▼
Sunday, April 10, 2016
BIHUN GORENG
BIHUN GORENG
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1/2 bungkus bihun - rendam biar lembut & toskan
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 tangkai cili merah - tumbuk
1 sudu makan sos tiram
6 ekor udang - kupas kulit & biarkan ekornya
200 gm isi ayam - dihiris nipis
2 biji telur
2 keping tauhu - digoreng & dihiris
1/2 batang lobak merah - dihiris memanjang
100 gm taugeh
2 biji tomato - dibelah 6 setiap satu
1/2 cawan air
Serbuk lada hitam secukupnya
Bawang goreng, hirisan cili merah & daun sup
secukupnya
Gula & garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara-Cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan udang. Masukkan sos tiram. Kemudian kacau rata.
3. Apabila sudah masak, masukkan garam dan air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan lobak merah dan bihun. Kacau rata hingga sebati.
5. Apabila bihun sudah lembut, masukkan taugeh dan tomato.
6. Masukkan sedikit serbuk lada hitam. Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
7. Semasa menghidang, taburkan telur goreng hancur, tauhu goreng, bawang goreng, hirisan cili merah dan hirisan daun sup.
8. Hidangkan!!!
No comments:
Post a Comment