KEK PISANG
▼
Monday, May 23, 2016
AKOK ROTI
AKOK ROTI
Majalah SAJI Mei 2016 @ Ilham Dapur...
Bahan-Bahan : (12 biji)
4 biji telur gred A
100 ml santan
100 ml air
90 gm nisan kelantan atau gula melaka
100 gm roti - timbang bahagian putih sahaja (anggaran : 6 keping)
1 helai daun pandan
1/2 tsp esen vanilla
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160'C, sapukan sedikit minyak atau cooking spray pada acuan muffin.
2. Masak air bersama nisan. daun pandan sehingga nisan larut, gunakan api sederhana kecil.
3. Dalam pengisar, masukkan roti, air nisan dan santan, kisar sekejap sekadar roti hancur kemudian masukkan telur, esen vanilla, garam dan kisarkan sebati biar menjadi macam berpasir halus, (jangan kisar sampai berkrim).
4. Tuangkan adunan separuh acuan, bakar selama 35-40 minit (masa bakar kuih akan menggelembung penuh di dalam acuan).
5. Keluarkan dari acuan, terbalikkan kuih biarkan bahagian bawah duduk di atas, bermakna yang berkedut itu rupa bawah kuih, permukaannya tidak berkedut.
No comments:
Post a Comment