KEK PISANG
▼
Sunday, May 1, 2016
AYAM MASAK SAMBAL
AYAM MASAK SAMBAL
sumber : Paty's Kitchen...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - dicuci bersih, digaul dengan sedikit garam kunyit & digoreng hingga masak
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air, gaul sebati
1 biji bawang besar - dipotong bulat & leraikan
2 batang serai - di titik
Garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan Kisar :
25 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas untuk melembutkannya
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga wangi.
2. Tumiskan sehingga pecah minyak dan cili agak garing.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan bawang besar, garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul rata.
5. Masukkan ayam. Gaul rata sehingga bawang besar layu.
6. Tutup api. Taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang (jika suka) dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment