KEK PISANG
▼
Sunday, May 1, 2016
PANKEK
PANKEK
sumber : FB..
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan susu segar (suam)
2 biji telur
4 sudu besar mentega cair/minyak jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cream of tartar
4 sudu besar gula
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Campurkan tepung naik sendiri bersama baking powder, cream of tartar dan garam, gaul sebati.
2. Di dalam mangkuk, masukkan susu suam, gula, telur dan gaul sebati (pakai whisk jer) kemudian masukkan mentega cair/minyak jagung tadi, gaul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati (pastikan adunan tidak berbintil dan tapiskan jika perlu), biarkan selama 10 minit.
4. Panaskan kuali non-stick, sapu sedikit mentega/minyak dan tuangkan adunan 1/3 cawan.
5. Bila ia sudah mula kelihatan bersarang, terbalikkan dan bila ianya kelihatan keperangan, bolehlah diangkat.
6. Hidangkan bersama madu/mentega/maple syrup/nutella/sos coklat dan lain-lain ikut citarasa.
No comments:
Post a Comment