KEK PISANG
▼
Wednesday, June 1, 2016
BOMBAY TOAST
BOMBAY TOAST
Majalah SAJI Julai 2015...
Bahan A :
4 biji telur
250 ml susu segar
50 gm susu pekat manis (boleh ditambah ikut citarasa)
secubit garam
Bahan B :
10 keping roti
Bahan C :
Marjerin secukupnya
Cara-Cara :
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan kesemua bahan A. Pukul rata guna 'hand whisk'.
2. Panaskan kuali yang rata/leper guna api perlahan, sapukan dengan sedikit bahan C.
3. Ambil sekeping roti, celup ke dalam adunan telur tadi (langkah 1). Letakkan di atas kuali rata/leper yang di lengser dengan marjerin tadi. Panggang sehingga kedua-dua bahagian bertukar warna keperangan. Angkat dan buat yang lain sehingga habis.
4. Hidangkan bersama serikaya, sos coklat, maple syrup dll...
No comments:
Post a Comment