KEK PISANG
▼
Thursday, June 9, 2016
CHAR KUETIAU
CHAR KUETIAU
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
1 paket kuetiau
10 ekor udang - dibuang kulit
1 ikat daun kucai - dipotong 1 inci
Segenggam tauge
2 keping tahu basah - digoreng dan dipotong kecil
1 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih - dicincang
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tomato
2 biji telur
10 biji tomato ceri warna kuning
2 sudu besar minyak masak
Garam - sekiranya perlu
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap.
3. Masukkan udang, sos tomato dan sedikit air. Kemudian kacau rata.
4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati.
5. Masukkan kuetiau, tomato ceri, tauhu goreng, tauge dan kucai. Kacau rata, sesuaikan rasa dan tutup api.
6. Hidangkan dengan lada jeruk (jika suka)...
No comments:
Post a Comment