KEK PISANG
▼
Thursday, June 16, 2016
DAGING GORENG LADA HITAM
DAGING GORENG LADA HITAM
sumber : RASA Mei 2016...
dimasak oleh : AJ...
Bahan-Bahan :
300 gm daging batang pinang - dicuci bersih, dihiris nipis & ditoskan airnya
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh sos lada hitam
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos tomato
1 sudu teh sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 biji lada benggala merah atau hijau
1 biji bawang besar - dimayang nipis
sedikit garam & gula
sedikit cuka masakan
minyak masak secukupnya
Bahan Tumbuk :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
Cara Memasak :
1. Perapkan daging bersama serbuk lada hitam selama 1 jam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau.
3. Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap.
4. Masukkan kicap manis kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
5. Masukkan sedikit cuka, lada benggala dan bawang besar yang telah dimayang.
6. Kacau sebati, biarkan seketika, tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment