KEK PISANG
▼
Wednesday, June 15, 2016
PUDING LUMUT
PUDING LUMUT
sumber : zila4ever...
Bahan-Bahan :
1 bungkus agar-agar serbuk (10 gm)
1 biji telur - dipukul sedikit
6 helai daun pandan (200 ml air di blender bersama daun pandan dan ditapis jadikan 200 ml air pandan)
5 sudu besar gula pasir (tambahkan jika suka manis)
125 ml santan kotak KARA
450 ml air
1/2 sudu teh garam
Cara-Cara :
Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan kacau rata sehingga tercampur. Masak sambil dikacau sehingga mendidih, kecilkan api biarkan ianya mendidih dan tidak perlu dikacau lagi. Biarkan sehingga muncul lumutnya dan tidak pecah.
Matikan api, tunggu wap hilang sebentar dan tuangkan di dalam acuan yang disukai. (Basahkan acuan terlebih dahulu sebelum digunakan)...
No comments:
Post a Comment